'Ingatkan salji landa Shah Alam'

Iklan
Gambar yang dimuat naik di laman sosial LLM.

SHAH ALAM - Lebuhraya Shah Alam (Kesas) berhampiran susur Hicom dilaporkan mengalami kesesakan selepas berlaku tumpahan cecair di Kilometer 30.5 arah timur, menyebabkan permukaan jalan licin dan berbuih.

Keadaan permukaan jalan yang dilitupi cecair berwarna putih itu turut kelihatan seakan-akan salji, sekali gus menarik perhatian pengguna lebuh raya.

Iklan
Iklan

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menerusi makluman pada jam 4.27 petang mengesahkan kejadian berlaku di susur Ramp A Kota Kemuning.

Menurut LLM, tumpahan berkenaan menyebabkan lorong kiri terhalang dan aliran trafik bergerak perlahan.

Iklan

“Sila perlahankan kenderaan dan patuhi arahan petugas di lokasi,” katanya.

Gambar yang dikongsikan LLM menunjukkan sebahagian permukaan jalan di lokasi berkenaan dilitupi cecair berwarna putih.

Iklan

Pengguna lebuh raya dinasihatkan supaya meningkatkan tahap kewaspadaan serta memperlahankan kenderaan ketika melalui kawasan terbabit bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.

Setakat ini, jenis cecair yang tertumpah serta punca kejadian masih belum dinyatakan oleh pihak berkuasa.

Pemandangan luar biasa apabila sebahagian Lebuh Raya Kesas itu mencuri perhatian pengguna jalan raya sehingga ada yang menyangka kawasan berkenaan seperti ‘dilanda salji’.

Beberapa rakaman yang tular di media sosial menunjukkan permukaan lebuh raya diselaputi cecair berwarna putih, selain kelihatan kesan tayar kenderaan yang melalui kawasan berkenaan.

Dalam pada itu, seorang lagi pengguna Thread @umminazali menyifatkan keadaan lebuh raya berkenaan seolah-olah dilitupi salji.

"Kenapa pula berbuih lebuh raya ni, ingatkan salji'