‘Darah hijau kuning masih mengalir dalam urat saya’ – Nelson

Iklan
Zuraidi (kanan) bersama Nelson yang turut menyertai perlawanan bola sepak Langkawi Merdeka Cup Nostalgia 1993 di Stadium Langkawi pada Sabtu lalu.

BEKAS pemain import Kedah, Nelson San Martin kembali mewarnai arena bola sepak negeri ini selepas dilantik sebagai ketua jurulatih Persatuan Bolasepak Melayu Kedah (PBMK) bagi menghadapi Kejohanan Piala Emas Raja-Raja 2026.

Pelantikan itu sekali gus membuka lembaran baharu kepada jurulatih berusia 46 tahun berasal dari Chile ini yang bukan sahaja membimbing skuad PBMK, malah mencungkil dan membentuk bakat muda dari seluruh Kedah bagi menghadapi saingan Liga A2 musim hadapan.

Iklan
Iklan

Bekas tonggak ‘double treble’ era kegemilangan Kedah pada musim 2007 dan 2008 itu meluahkan rasa bangga dan terharu selain menyatakan sokongan penyokong Kedah ketika beliau melalui tempoh sukar sebelum ini.

Menurutnya, perkara tersebut menjadi antara sebab beliau begitu menghargai peluang untuk kembali bersama pasukan PBMK.

Iklan

“Anda (penyokong) bersama saya ketika saya tidak mempunyai apa-apa. Kini tiba masa untuk saya memberikan segala-galanya kepada anda,” katanya selepas melalui beberapa episod sukar termasuk berdepan isu tunggakan gaji ketika bersama bekas pasukan lamanya.

Sementara itu, Penaung PBMK, Datuk Zuraidi Rahim berkata, pemilihan Nelson merupakan sebahagian daripada perancangan persatuan untuk membentuk pasukan yang kompetitif selepas perbincangan bersama semua pengurusan tertinggi pasukan.

Iklan

Menurutnya, jurulatih itu akan diberikan tanggungjawab menilai bakat yang ada dalam skuad PBMK serta mengenal pasti pemain berpotensi daripada pasukan yang beraksi dalam Liga DZR.

“Kita mahu dia melatih sebaik mungkin bakat yang ada dalam pasukan PBMK dan mencungkil bakat di seluruh negeri ini untuk masuk ke Liga A2.

“Saya akan memulakan langkah ini untuk memberikan inspirasi baharu di negeri ini supaya kita dapat mengembalikan kegemilangan Kedah yang gah suatu ketika dahulu,” katanya.

Zuraidi berkata, pendekatan berkenaan diharap dapat membuka ruang lebih luas kepada pemain tempatan untuk diketengahkan ke pentas yang lebih tinggi.