[VIDEO] Muhammad Adib barbeku sempena merdeka bersama keluarga sebelum hilang di laut

Iklan

KOTA TINGGI - [KEMAS KIN] Muhammad Adib Hafiy Kamal, 16, sempat barbeku dan makan malam sempena Hari Kebangsaan bersama keluarganya sebelum hilang dan dikhuatiri lemas di Pantai Tanjung Lompat, Bandar Penawar di sini pada Rabu.

Abang sulungnya, Muhammad Azril Haziq Kamal,23, berkata, adiknya yang lebih mesra dipanggil abang chik tidak menunjukkan sebarang tanda atau perubahan luar dari kebiasaan ketika meraikan hari kemerdekaan itu.

Iklan
Iklan

“Saya pula biasanya sambut merdeka di Putrajaya tapi tahun ini, saya balik ke kampung di Felda Simpang Waha, Kota Tinggi.

“Malam itu jadi detik terakhir kami dan adik memang ada minta izin untuk pergi berkhemah bersama rakan-rakan, nak buat bakar-bakar di pantai.

Iklan

“Jadi kami berpesan supaya berhati-hati dan jangan mandi laut kerana keadaan cuaca tidak menentu, ombak besar serta angin kencang ketika ini,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian dengan ditemani ibu, Nur Aishah Jasman, 42, pada Khamis.

ADUN Penawar, Fauziah Misri (kiri) menemui keluarga mangsa lemas pada Khamis.

Iklan

Muhammad Azril Haziq berkata, dia berdoa adik segera ditemui dalam apa jua keadaan.

"Kami sekeluarga tidak lagi ke sini sambil berharap,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Empat remaja dikhuatiri lemas ketika mandi-manda di pantai

Alif Taqiudin ditemukan lemas, tiga lagi rakan masih hilang

Empat remaja lemas: 'Kami tak tahu adik pergi berkhemah di pantai’

Empat remaja lemas: 'Rakan-rakan cuba selamatkan Thaqif, tak sangka bertukar tragedi'

Sebelum ini Sinar Harian melaporkan tragedi lemas membabikan enam remaja berusia 16 tahun ketika mandi di Pantai Tanjung Lompat sebelum dua daripadanya berjaya diselamatkan orang awam.

Ahli keluarga berharap Muhammad Adib Hafiy segera ditemui.

Operasi SAR yang diaktifkan sejurus kemudian berjaya menemukan salah seorang mangsa, Alif Taqiudin Kamal Hasrul Mohamad, pada jam 1.15 tengahari, kira-kira 500 meter dari lokasi kejadian.

Radius pencarian pada hadri kedua diperluaskan sehingga dua batu nautika termasuk menerbangkan dua dron semasa air pasang bagi melihat kemungkinan tiga lagi mangsa iaitu Mohamad Haiman Fitri Supian, Muhammad Adib Hafiy Kamal dan Muhammad Thaqif Rayyan Rumainoor dihanyutkan ke kawasan pantai lain.