LIMA: Faktor kos dan lokasi

Iklan
Orang ramai tidak melepaskan peluang melihat Persembahan udara dari pasukan Russian Khight Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2025 (LIMA'25). Foto Bernama

CADANGAN memindahkan Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA) ke lokasi baharu perlu dilihat secara objektif dan menyeluruh.

Langkawi sememangnya mempunyai kelebihan dari segi sejarah dan identiti.

Iklan
Iklan

LIMA 2027 nanti merupakan edisi ke-18 yang juga tahun ke-36.

Namun, beberapa isu termasuk kos penginapan dan kos sara hidup ketika berlangsungnya LIMA perlu diberikan perhatian.

Iklan

Terdapat dakwaan bahawa sebahagian pengusaha hotel dan restoran menaikkan harga sehingga beberapa kali ganda sepanjang penganjuran LIMA.

Isu kos selalunya diambil kira oleh pengunjung tempatan termasuk syarikat tempatan yang menyertai LIMA. Bagaimana pun, pilihan tempat penginapan mampu milik seperti inap desa juga semakin bertambah.

Iklan

Persoalannya, adakah syarikat pertahanan luar negara lebih selesa dengan Langkawi atau lokasi lain yang menawarkan kemudahan lebih baik?

Pada hakikatnya, syarikat pertahanan antabangsa yang hadir ke LIMA lazimnya akan menyesuaikan penyertaan mereka dengan perancangan serta keputusan penganjur.

Bahkan, penganjur menjadi daya tarikan yang ada di Langkawi serta kejayaan penganjuran terdahulu sebagai modal utama mempromosikan LIMA di luar negara.

Pada LIMA 2025, jumlah pempamer antarabangsa ialah 426 syarikat atau hampir 50 peratus daripada 860 pempamer.

Ia merekodkan kehadiran lebih 450,000 pengunjung, termasuk pengunjung awam, selain lebih 600 delegasi dari 41 negara

Bagi pempamer luar negara yang pertama kali menjejakkan kaki ke Langkawi, hadir pada LIMA umpama datang bekerja sambil bercuti di pulau peranginan.

Selain itu, memindahkan LIMA bukanlah perkara mudah kerana lokasi baharu perlu memenuhi keperluan pameran aeroangkasa dan maritim secara serentak.

Aspek logistik dan infrastruktur juga mesti menjadi antara pertimbangan utama sebelum sebarang keputusan dibuat.

Lokasi baharu perlu mempunyai ruang mencukupi untuk pesawat, kapal, kenderaan, peralatan pameran dan pelbagai aset keselamatan.

Kemudahan tempat letak kenderaan untuk petugas, pempamer, pengunjung serta pasukan keselamatan turut perlu dirancang dengan teliti.

Penginapan bagi delegasi luar negara, anggota keselamatan dan peserta antarabangsa juga perlu mencukupi serta mudah diakses.

Selain acara utama, pelbagai program sampingan yang berlangsung sepanjang LIMA turut memerlukan sokongan logistik yang besar.

Malahan, aspek keselamatan dan kawalan ruang udara bagi pertunjukan udara perlu diberi perhatian serius oleh pihak berkuasa.

Proses penutupan dan pelepasan ruang udara setiap hari bagi tujuan pertunjukan udara bukan sesuatu yang boleh dipandang ringan.

Jika lokasi baharu dipilih tanpa kajian menyeluruh, masalah trafik, parkir, penginapan dan pergerakan aset boleh menjadi lebih rumit.

Sebagai perbandingan, Paris Air Show di Perancis dan Farnborough International Airshow di England telah bertapak lama di lokasi masing-masing kerana faktor infrastruktur dan ekosistem yang telah terbina.

Justeru, cadangan lokasi baharu LIMA tidak wajar dibuat semata-mata berdasarkan faktor kos atau populariti sesuatu tempat.

Sebaliknya, kajian kebolehlaksanaan yang terperinci perlu menentukan sama ada Langkawi masih lokasi terbaik atau sudah tiba masanya LIMA dipindahkan ke lokasi yang lebih strategik.