Tabung Haji teliti cadangan cabang pelaburan diletak bawah pengawasan SC

Iklan
Abdul Rashid bercakap pada sidang akhbar selepas Sesi Dialog Ummah bertemakan "Pencapaian dan Strategi Masa Depan” di Tenera Hotel & Suite, Bangi hari ini. - Foto: Bernama

LEMBAGA Tabung Haji (TH) sedang menilai cadangan perubahan dalam rangka kerja kawal selianya untuk meletakkan operasi pelaburannya di bawah pengawasan berkanun.

Pengerusinya Tan Sri Abdul Rashid Hussain berkata jawatankuasa pasukan petugas bersama, yang turut disertai pengerusi Suruhanjaya Sekuriti (SC) dan gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) berhasrat untuk meletakkan cabang pelaburan TH di bawah pengawasan SC susulan perbincangan yang mendalam.

Iklan
Iklan

"Selepas mempertimbangkan secara terperinci selama hampir enam bulan, kami menyimpulkan bahawa adalah lebih relevan untuk (cabang pelaburan) TH dikawal selia oleh SC.

"Bagaimanapun, itu tidak bermakna BNM tidak akan terlibat.

Iklan

"Kami sedang memperhalusi rangka kerja untuk memastikan semua pengawal selia utama terlibat dalam struktur kawal selia masa depan TH,” katanya.

Rashid berkata demikian semasa sesi panel"Dialog Ummah: Realiti dan Masa Depan Tabung Haji” anjuran Himpunan Gerakan Islam Malaysia, di sini, hari ini. - Bernama

Iklan