KUALA LUMPUR – Seorang lelaki dipercayai tinggal bersendirian ditemui meninggal dunia di sebuah rumah di kawasan Cheras, di sini pada Rabu.
Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Rosdi Daud berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam berhubung kejadian itu kira-kira jam 6.42 petang.
Iklan
Iklan
Menurutnya, polis bersama agensi berkaitan kemudian ke lokasi bagi menjalankan pemeriksaan.
"Pemeriksaan mendapati seorang lelaki berusia pertengahan 40-an yang tinggal bersendirian di rumah berkenaan telah meninggal dunia.
"Tiada unsur jenayah dikesan dan kematian berkenaan diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR)," katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Rosdi berkata, mayat lelaki berkenaan kemudian dihantar ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) untuk bedah siasat.