KOTA KINABALU - Gempa bumi lemah dengan magnitud 3.4 pada skala Richter berlaku di Keningau, pada jam 9.31 pagi Khamis.
Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), pusat gempa itu dikesan pada koordinat 5.3 darjah Utara dan 116.1 darjah Timur.