Kawasan IPD Serian, Sarawak rekod bacaan IPU tahap bahaya pagi ini

Iklan
Pemandangan berjerebu dirakam di Tebingan Sungai Kuching, Sarawak - Foto: Bernama

KUALA LUMPUR - Stesen pemantauan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serian, Sarawak merekodkan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap bahaya dengan bacaan 345 setakat 9.30 pagi ini.

Semakan menerusi laman sesawang Sistem Indeks Pencemar Udara (APIMS) Jabatan Alam Sekitar (JAS) turut mendapati empat lagi kawasan di negeri itu mencatatkan bacaan IPU pada tahap sangat tidak sihat.

Iklan
Iklan

Empat kawasan itu ialah Sri Aman dengan bacaan IPU (294), Kuching (273), Samarahan (255) dan Sarikei (223).

Sebanyak 15 lokasi iaitu lapan di Sarawak, lima (Sabah) dan masing-masing satu di Labuan dan Negeri Sembilan pula merekodkan bacaan IPU pada tahap tidak sihat.

Iklan

Di Sarawak, lapan lokasi merekodkan bacaan IPU tidak sihat ialah Sibu (188), Bintulu (175), Kapit (174), Mukah (171), Samalaju (167), Limbang (155), ILP Miri (153) dan Miri (125).

Di Sabah, bacaan IPU tidak sihat direkodkan di Politeknik Kota Kinabalu (165), diikuti Kimanis (164), Keningau (164) dan Kota Kinabalu (163), manakala Labuan (160) dan Nilai, Negeri Sembilan (110).

Iklan

Sementara itu, 45 kawasan di seluruh negara dilaporkan berada pada tahap sederhana, manakala tiga kawasan mencatatkan bacaan baik. - Bernama