Dua gudang proses sisa plastik terbakar

Iklan
Anggota Bomba dan Penyelamat memadamkan kebakaran dua gudang di sini pada Rabu.

SHAH ALAM – Dua gudang memproses sisa buangan plastik musnah dalam kebakaran di Seksyen 32 di sini pada malam Rabu.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 10.59 malam.

Iklan
Iklan

"Seramai 26 anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alam serta bantuan BBP Andalas, BBP Bukit Jelutong, BBP Klang Utara bersama jentera digerakkan ke lokasi yang jaraknya sejauh 10 kilometer," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Ashrul Riezal berkata, pihaknya tiba di lokasi kira-kira jam 11.10 malam mendapati kebakaran membabitkan dua gudang, selain tiga forklift, sebuah lori dan dua mesin pemampat yang turut terbakar.

Iklan

“Pasukan bomba berjaya mengawal kebakaran pada jam 12.20 tengah malam dan operasi pemadaman mencapai kira-kira 80 peratus pada jam 1.15 pagi.

“Pemeriksaan awal mendapati premis berkenaan tidak mempunyai sistem keselamatan kebakaran,” katanya.

Iklan