CGC bina usahawan muda, perkasa PMKS

Iklan
Kelvin (dua dari kiri) bersama tetamu kenamaan lain.

CREDIT Guarantee Corporation Malaysia Berhad (CGC) melancarkan Program Keusahawanan Belia (YEP), sebuah platform berstruktur yang bertujuan melahirkan generasi usahawan masa depan.

Program berkenaan menyediakan golongan belia Malaysia dengan pengetahuan, kemahiran serta peluang yang diperlukan bagi membina perniagaan berdaya tahan, sekali gus menyumbang kepada pembangunan ekosistem perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) yang lebih dinamik dan mampan.

Iklan
Iklan

CGC dalam satu kenyataan memaklumkan, pelancaran berkenaan merupakan satu pencapaian penting dalam komitmen CGC untuk memperkasa usahawan bukan sahaja dari aspek pembiayaan.

“Majlis tersebut turut meraikan 50 usahawan muda daripada Kohort 1 CGC YEP yang menamatkan program dan terdiri daripada peserta dalam trek Peringkat Awal dan Peringkat Pertumbuhan.

Iklan

“Sepanjang program tiga bulan itu, peserta peringkat awal diberikan pengetahuan praktikal dan pemahaman asas perniagaan yang penting, termasuk asas perniagaan, pengurusan kewangan, pemasaran, akses pasaran dan kesediaan pembiayaan,” kata kenyataan itu pada Rabu.

Peserta bersama tetamu kenamaan selepas Program CGC YEP.

Iklan

Program dilancarkan secara rasmi Setiausaha Politik kepada Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Dr Kelvin Yii Lee Wuen di Sasana Kijang, Bank Negara, di sini pada Selasa.

Sementara itu, Kelvin dalam ucapannya menekankan kepentingan memperkasa usahawan muda sebagai pemacu utama inovasi, pewujudan pekerjaan dan daya tahan ekonomi.

Pada masa sama beliau memuji CGC dan rakan-rakannya kerana menyediakan sokongan, rangkaian dan peluang yang diperlukan oleh usahawan muda untuk berjaya dalam landskap perniagaan yang dinamik pada masa kini.

Dalam pada itu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif CGC, Mohamed Nazri Omar berkata, pihaknya komited untuk menyokong usahawan sepanjang kitaran hayat perniagaan mereka.

Tegasnya, pertumbuhan perniagaan yang mampan bukan hanya bergantung kepada akses kepada pembiayaan, sebaliknya turut memerlukan pembangunan keupayaan secara berterusan, sokongan khidmat nasihat dan kerjasama strategik dalam membina perusahaan yang berdaya tahan dan berjaya.

“Pelancaran CGC YEP mencerminkan komitmen berterusan CGC dalam memajukan ekosistem keusahawanan Malaysia.

“Menerusi pembangunan keupayaan keusahawanan serta akses yang lebih baik kepada pengetahuan, rangkaian dan peluang, program ini berusaha melahirkan generasi usahawan yang berdaya tahan dan inovatif, yang mampu memacu pertumbuhan ekonomi inklusif serta menyumbang kepada kemakmuran negara pada masa hadapan,” katanya.