Pengaruh maklumat tanpa mendasari ilmu
Iklan
Setiap individu boleh menjadi kreatif apabila mereka mampu melihat masalah daripada sudut yang berbeza dan menghasilkan penyelesaian yang bermakna. Foto hiasan
SEMPENA cuti Hari Kemerdekaan baru-baru ini, sempatlah saya membuat sedikit pembacaan berkaitan isu brain rot atau pereputan otak dalam kalangan generasi Z. Hasil dapatan daripada pembacaan saya, dapatlah dirumuskan bahawa kita sedang berada di ambang krisis ketidakupayaan berfikir atau cognitive disability yang sangat serius dalam kalangan generasi muda hari ini.
Merujuk kepada kajian yang dilakukan oleh pakar neorologi, Adam de Havenon daripada Fakulti Perubatan di Universiti Yale Amerika Syarikat, kadar ketidakupayaan berfikir dalam kalangan remaja meningkat daripada 5.1 peratus pada 2013 kepada 9.7 peratus pada 2023, manakala bagi kelompok dewasa meningkat daripada 5.3 peratus kepada 7.4 peratus bagi tempoh masa kajian yang sama.