KDEBWM, MPKS perkukuh kerjasama pengurusan sisa domestik dan pembersihan awam

Iklan
Ramli bersama wakil MPKS melepaskan lori KDEBWM sebagai simbolik perasmian.

KDEB Waste Management Sdn Bhd (KDEBWM) meneruskan kerjasama dengan Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) menerusi Perjanjian Fasa Kedua bagi melaksanakan kerja kutipan sisa domestik dan pembersihan awam di kawasan pentadbiran pihak berkuasa tempatan itu.

Perjanjian bagi tempoh tujuh tahun bermula 1 Mac 2026 hingga 28 Februari 2033 itu turut menyaksikan peluasan skop perkhidmatan berbanding fasa sebelumnya.

Iklan
Iklan

Pengarah Urusan KDEBWM, Datuk Ramli Mohd Tahir berkata, kesinambungan perjanjian berkenaan merupakan amanah dan kepercayaan yang akan diterjemahkan menerusi peningkatan kualiti perkhidmatan, kecekapan operasi serta kepuasan rakyat.

Ramli berucap pada Majlis Menandatangani Perkanjian Fasa Kedua antara KDEBWM dan MPKS

Iklan

"Bagi kutipan sisa domestik, kontrak baharu melibatkan peningkatan daripada 12 zon kepada 22 zon kutipan, dengan penyediaan 21 buah lori kompaktor serta sebuah lori 'armroll' bagi menyokong kerja-kerja kutipan di tujuh pasar awam terlibat.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Menandatangani Perkanjian Fasa Kedua antara KDEBWM dan MPKS, pada Rabu.

Iklan

Dalam pada itu beliau menjelaskan, peningkatan tersebut menjadikan skala operasi dan tanggungjawab pihaknya kepada MPKS serta rakyat Kuala Selangor semakin besar.

Justeru katanya, KDEBWM akan terus memberi penekanan kepada tiga perkara utama iaitu kualiti perkhidmatan, kecekapan operasi dan kepuasan rakyat.

"Kutipan sisa domestik dan kerja-kerja pembersihan awam mesti dilaksanakan secara konsisten, mengikut jadual dan memenuhi standard yang telah ditetapkan.

"Kita akan terus memanfaatkan teknologi, sistem pemantauan dan data operasi bagi memastikan setiap pergerakan di lapangan dapat dipantau dengan lebih berkesan serta sebarang isu ditangani dengan pantas.

"Oleh itu saya berharap seluruh warga kerja KDEBWM yang terlibat dalam operasi di Kuala Selangor dapat melaksanakan tanggungjawab dengan penuh disiplin, profesional dan rasa tanggungjawab," ujarnya.

Ramli (tengah) bersama wakil MPKS pada Majlis Menandatangani Perkanjian Fasa Kedua antara KDEBWM dan MPKS.

Ramli turut merakamkan penghargaan kepada MPKS atas kepercayaan dan kerjasama yang diberikan dalam memastikan kesinambungan perkhidmatan berkenaan.

Beliau turut memberi jaminan bahawa pihaknya akan memastikan komitmen tinggi, disiplin operasi yang kukuh serta penambahbaikan berterusan dalam melaksanakan amanah diberikan.

"Saya percaya dengan kerjasama erat antara MPKS, KDEBWM, komuniti Kuala Selangor dan seluruh warga kerja di lapangan, kita mampu membawa perkhidmatan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam ke satu tahap lebih baik.

"Kita bukan sekadar mengutip sampah dan membersihkan kawasan tetapi sedang membina Kuala Selangor yang lebih bersih, teratur dan selesa untuk generasi hari ini dan akan datang," ujarnya.