Shawn pahat rekod baharu SUKIPT

Iklan
Shawn membaharui rekod acara 1,500m SUKIPT di Arena UM pada Rabu. Foto KPT

HASRAT untuk kembali mencatat masa terbaik selepas berdepan kecederaan menjadi kenyataan buat atlet Universiti Malaya (UM), Shawn Roshan Singh apabila mencipta rekod baharu acara 1,500 meter (m) lelaki pada Sukan Institusi Pendidikan Tinggi (SUKIPT) 2026 di Arena UM pada Rabu.

Shawn muncul juara dengan masa 4 minit 3.43 saat (s), sekali gus memadam rekod temasya 4:05.11s yang bertahan sejak edisi 2016 dan sebelum ini menjadi milik Kesavan Maniam, juga dari UM.

Iklan
Iklan

Menariknya, pelari berkenaan tidak menjadikan rekod sebagai sasaran utama, sebaliknya turun dengan misi mencatat masa sepantas mungkin selepas hanya mempunyai kira-kira tujuh minggu untuk kembali membuat persiapan akibat kecederaan.

“Saya tahu ada peluang untuk memecahkan rekod, tetapi apa yang lebih penting adalah catatan masa. Saya sebenarnya berharap dapat berlari lebih pantas lagi kerana masih rasa ada ruang untuk memperbaiki masa itu,” katanya.

Iklan

Shawn mengharungi sebahagian besar perlumbaan secara bersendirian apabila pesaing lain gagal mengikut rentak yang ditetapkannya sejak awal saingan.

Jed Teh Qi Xian dari Universiti Multimedia (MMU) meraih perak dengan 4:11.67s, manakala Mohd Akram Mohd Hafez dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) membawa pulang gangsa menerusi masa 4:15.95s.

Iklan

Kecederaan tendon di bahagian bawah pinggul selepas Terbuka Malaysia pada Jun lalu memaksanya berehat selama dua hingga tiga minggu, namun Shawn bangkit membina semula kecergasan menerusi latihan daya tahan sebelum memberi fokus kepada kepantasan.