Salah tekan pedal minyak, kereta terjunam dari parkir pangsapuri

Iklan
Gambar tular memaparkan keadaan sebuah kereta merempuh tembok parkir sebuah pangsapuri pada Selasa.

AMPANG - Gara-gara tersilap tekan pedal minyak kereta, seorang lelaki berdepan detik cemas apabila kereta dinaiki merempuh tembok konkrit parkir sebuah pangsapuri di sini pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Khairul Anuar Khalid berkata, kaunter aduan trafik menerima maklumat berkaitan kes itu pada jam 7.55 malam.

Iklan
Iklan

“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku kira-kira jam 3 petang ketika seorang lelaki tempatan berusia 42 tahun sedang memandu bergerak keluar dari kawasan parkir.

“Kereta itu hilang kawalan selepas pemandu dipercayai tertekan pedal minyak sebelum merempuh tembok konkrit di hadapan dan kemudiannya terjunam ke aras bawah.

Iklan

Khairul Anuar berkata, bagaimanapun, tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian tersebut.

"Semua pihak terlibat telah hadir membuat laporan polis berhubung kemalangan itu," katanya.

Iklan

Beliau berkata, hasil siasatan mendapati kemalangan berlaku berpunca daripada kecuaian pemandu yang hilang kawalan sehingga menyebabkan kejadian berkenaan.

"Kes disiasat di bawah Kaedah 10 LN 166/59," ujarnya.