Malaysia perkukuh pengaruh dalam ekonomi halal dunia
Iklan
Reezal Merican dalam program Interviu yang dihoskan oleh Haizir di Studio F Sinar Harian, Kompleks Karangkraf, di sini pada Isnin
Reezal Merican dalam program Interviu yang dihoskan oleh Haizir di Studio F Sinar Harian, Kompleks Karangkraf, di sini pada Isnin
SHAH ALAM - Pengiraan kos, tarif dan keuntungan bagi perdagangan antarabangsa amat penting, namun keyakinan dilihat sebagai mata wang yang paling bernilai dalam industri halal.
Iklan
Iklan
Pembeli antarabangsa tidak melihat sijil halal sekadar sebagai tanda atau label pemasaran semata-mata, sebaliknya sistem jaminan kualiti dan integriti yang menyeluruh.
Pengerusi Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade), Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, daya saing perniagaan secara langsung meningkat, begitu juga reputasi Malaysia dalam menghasilkan produk halal berkualiti apabila wujud elemen kepercayaan.
Iklan
“Kelebihan inilah yang meletakkan Malaysia berada jauh di hadapan. Berdasarkan petunjuk Global Islamic Economy Indicator (GIEI), Malaysia menduduki tempat pertama selama 12 tahun berturut-turut.
“Malaysia bukan hanya mendahului dengan skor penanda aras 165.1 mata, jurang kita dengan negara lain juga sangat signifikan. Kita berada 65 mata di hadapan Arab Saudi (100.9 mata), Indonesia (99.9 mata) dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) sebanyak 95.8 mata.
Iklan
“Konsistensi selama lebih sedekad ini memerlukan disiplin tinggi dalam usaha mengekalkan standard yang telus di sepanjang rantaian bekalan Malaysia,” katanya.
Reezal Merican berkata demikian menerusi program Interviu bertajuk Halal Global: Antara Kepercayaan, Piawaian dan Ketahanan Ekonomi yang dihoskan oleh moderator, Haizir Othman di Studio F Sinar Harian, Kompleks Karangkraf, di sini pada Isnin lalu.
Meskipun negara-negara jiran sudah mula membina hab halal masing-masing, bagi Reezal Merican, Malaysia memiliki keunikan tersendiri apabila menawarkan pakej ekosistem yang lengkap dan sukar ditandingi.
Jelasnya, Malaysia tidak cuma mengeluarkan produk halal, tetapi juga membina kredibiliti menyeluruh merangkumi aspek pensijilan, fasilitasi perdagangan dan akses pasaran yang luas.
Malah menurut beliau, Malaysia negara pertama di dunia yang mempunyai agensi khusus tajaan kerajaan untuk pembangunan industri halal iaitu Halal Development Corporation (HDC) di bawah Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) yang bertindak menghubungkan badan pensijilan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), agensi promosi eksport serta pemain industri dalam satu rangkaian bersepadu.
REEZAL MERICAN
“Sebagai contoh, standard halal Malaysia hari ini diiktiraf secara rasmi oleh 94 badan pensijilan halal asing dari lebih 48 negara.
“Ini bermakna apabila produk usahawan tempatan disahkan halal di Malaysia, ia mendapat pengiktirafan integriti antarabangsa secara automatik tanpa perlu melalui proses audit berulang kali di negara luar.
“Kekuatan ekosistem ini dicerminkan menerusi angka komersial di mana pada 2025, nilai eksport halal Malaysia melonjak 11 peratus dan mencecah RM68.52 bilion,” ujarnya.
MIHAS perluas pengaruh Malaysia dalam ekonomi halal dunia
Ditanya mengenai Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) atau The Gateway of Halal, Reezal Merican berkata untuk edisi tahun lalu sahaja rangkaian global Matrade berjaya membawa masuk 300 pembeli fizikal dari 50 negara.
Tambahnya, ia termasuk 50 pembeli premium global yang terdiri daripada konglomerat dan rangkaian pasar raya besar antarabangsa, di samping 150 pembeli maya secara digital.
“Golongan ini dipadankan secara langsung dengan 600 pengeksport tempatan. Impak program ini sangat konkrit apabila kita menyediakan lebih 4,000 mesyuarat perniagaan bersemuka, sekali gus membuka peluang dagangan yang sangat signifikan serta berimpak tinggi untuk syarikat dari Malaysia.
“Lebih menariknya, Malaysia tidak hanya terhad kepada pasaran tradisional.
Walaupun China dan Asia Timur membentuk 29 peratus keseluruhan pembeli antarabangsa, Malaysia juga mula menerima sokongan permintaan baharu daripada pasaran bukan tradisional seperti Kazakhstan, Uzbekistan, Norway, Costa Rica dan Algeria,” jelasnya lagi.
“Untuk pelan lima hingga 10 tahun akan datang, kompas utama memanglah berpandukan Pelan Induk Industri Halal 2030 (HIMP 2030). Tetapi selaku Pengerusi Matrade, saya mahu pelan ini berpijak di bumi yang nyata, mendatangkan hasil jualan dan spill over effect kepada komuniti perniagaan serta negara,” kata beliau.
Malaysia raih prestasi perdagangan terbaik dalam sejarah
Menyentuh perihal pencapaian perdagangan bagi suku kedua tahun ini yang mencecah RM1.01 trilion, Reezal Merican berpendapat bahawa ia bukan sekadar lonjakan angka kosmetik mahupun kebetulan.
Sebaliknya bukti nyata apabila kepantasan dan ketahanan enjin perdagangan luar negara Malaysia mampu bertahan dalam situasi ekonomi global yang semakin mencabar.
Bukan itu sahaja, Matrade menyifatkannya sebagai pencapaian terpantas berbanding mana-mana suku tahun sebelum ini, didorong oleh peningkatan eksport sebanyak 42.4 peratus kepada RM545.02 bilion.
Menurut Reezal Merican, jumlah perdagangan Malaysia pula mencatatkan kejayaan mega apabila memperoleh RM1.796 trilion, nilai tertinggi pernah dicapai dalam sejarah bagi separuh tahun pertama.
Kata ahli politik tersebut, keadaan sedemikian memberi isyarat awal bahawa ketika dunia sedang bergelut dengan krisis Asia Barat dan cabaran-cabaran tertentu, Malaysia masih berada dalam trajektori yang amat luar biasa.
“Pencapaian luar biasa perdagangan luar Malaysia ini membuktikan kewujudan rantaian ekonomi makro yang kukuh dan saling melengkapi di mana kawalan in asi domestik stabil pada kadar 1.9 peratus.
“Indeks Harga Pengguna (CPI) berjaya mengekalkan daya saing harga kos input industri, sekali gus membolehkan sektor pembuatan berorientasikan eksport memaksimumkan operasi.
“Dalam masa sama memacu lonjakan Indeks Pengeluaran Industri (IPI) sebanyak 8.4 peratus bagi memenuhi permintaan global terhadap teknologi kecerdasan buatan (AI) dan komponen elektrik dan elektronik (E&E),” katanya.
Reezal Merican turut memaklumkan, produktiviti pengeluaran industri yang agresif itu menjadi pendorong utama kepada rekod nilai eksport RM971.59 bilion, secara langsung menjana lebihan dagangan besar sebanyak RM147.15 bilion.
Jelas beliau, suntikan kecairan dan aktiviti dagangan bersih tersebut akhirnya bertindak sebagai enjin pertumbuhan utama yang melonjakkan unjuran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia kepada 5.6 peratus.
Katanya lagi, ia membuktikan kecekapan rantaian bekalan industri dan kestabilan harga menjadi kunci utama kemakmuran ekonomi keseluruhannya.
Menteri Komunikasi yang juga jurucakap Kerajaan Madani, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), turut dijangka mengambil bahagian dalam pertemuan berkenaan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/794552/berita/nasional/kontroversi-madu-atau-racun-produksi-platform-penstriman-diarah-beri-penjelasan---fahmi
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.