Tenaga solar, langkah baharu SADA urus kos operasi

Iklan
Menteri Besar Kedah merangkap Pengerusi SADA, Datuk Seri Muhammad Sanusi (empat dari kanan) bersama Ketua Pegawai Eksekutif SADA, Datuk Radzuan (tiga dari kanan) dan Datuk Seri Norizan, Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah (tiga dari kiri) ketika merasmikan Perkhidmatan Pembangunan Solar SADA di LRA Kuala Ketil pada Selasa.

Menteri Besar Kedah merangkap Pengerusi SADA, Datuk Seri Muhammad Sanusi (empat dari kanan) bersama Ketua Pegawai Eksekutif SADA, Datuk Radzuan (tiga dari kanan) dan Datuk Seri Norizan, Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah (tiga dari kiri) ketikamerasmikan Perkhidmatan Pembangunan Solar SADA di LRA Kuala Ketil pada Selasa.

KUALA MUDA – Syarikat Air Darul Aman Sdn Bhd (SADA) terus memperkukuh usaha meningkatkan kecekapan operasi menerusi pelaksanaan Perkhidmatan Pembangunan Solar di tiga buah loji rawatan air (LRA) milik syarikat. Pelaksanaan fasa satu melibatkan tiga lokasi iaitu LRA Kuala Ketil Baru, LRA Kuala Ketil Lama dan LRA Sungai Ular, yang telah siap dilaksanakan.

Iklan
Iklan

Langkah strategik masa hadapan

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, pelaksanaan tenaga solar tidak seharusnya dinilai hanya berdasarkan jumlah panel yang dipasang, sebaliknya nilai dan manfaat jangka panjang yang mampu dihasilkan kepada organisasi dan rakyat.

Iklan

“Saya melihat inisiatif solar SADA ini bukan semata-mata sebagai satu projek untuk mengurangkan bil elektrik. Ia adalah sebahagian daripada usaha mengurus penggunaan tenaga dengan lebih bijak, di samping menyokong agenda tenaga bersih dan Sustainable Development Goals (SDG), SDG 7 berkaitan Tenaga Mampu Milik dan Bersih serta SDG 13 berkaitan Tindakan Iklim.

“Kerajaan Negeri sememangnya menyokong usaha ke arah penggunaan tenaga boleh baharu dan pembangunan yang lebih mampan, malah usaha ini mempunyai hubungan yang jelas dengan hala tuju yang telah kita tetapkan melalui Pelan Pembangunan Kedah 2035,” katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Perkhidmatan Pembangunan Solar SADA di LRA Kuala Ketil di sini pada Selasa.

Air memerlukan tenaga

Sebagai operator bekalan air, penggunaan tenaga elektrik merupakan antara komponen penting dalam keseluruhan proses pengeluaran dan pengagihan air terawat.

Sistem pengepaman khususnya memerlukan penggunaan tenaga secara berterusan bagi memastikan air dapat melalui setiap peringkat rawatan sebelum disalurkan kepada pengguna.

Justeru, bagi SADA, usaha meningkatkan kecekapan dalam pengurusan air perlu berjalan seiring dengan tindakan mengurus penggunaan tenaga ke arah lebih baik.

Melalui pembangunan tenaga solar, sebahagian daripada keperluan tenaga bagi operasi loji dapat disokong menggunakan tenaga yang dijana daripada sistem solar, sekali gus membuka ruang kepada pengurusan kos operasi lebih cekap.

Tanpa perbelanjaan modal awal SADA

Bagi pembangunan solar fasa satu yang merangkumi tiga buah LRA ini, nilai pembangunan adalah sekitar RM7.5 juta, dilaksanakan menerusi model yang tidak memerlukan perbelanjaan modal awal atau CAPEX daripada SADA.

Pendekatan tersebut membolehkan sumber kewangan syarikat terus diberi keutamaan kepada tugas hakiki termasuk operasi, penyelenggaraan aset dan penambahbaikan sistem bekalan air.

Ketua Pegawai Eksekutif SADA, Datuk Radzuan Osman berkata, keputusan meneroka penggunaan tenaga solar bukan semata-mata didorong agenda kelestarian, tetapi turut mengambil kira kepentingan operasi dan kewangan syarikat dalam tempoh jangka panjang.

“Untuk makluman, satu ketika kos penggunaan elektrik SADA pernah mencecah sekitar RM14 juta sebulan, melalui pelaksanaan kerja-kerja penggantian dan penambahbaikan sistem mekanikal serta elektrikal di loji rawatan air, Alhamdulillah, kita berjaya menurunkan kos tersebut kepada sekitar RM11 juta sebulan.

“Tetapi usaha kita tidak berhenti di situ, apabila melihat bagaimana peningkatan kecekapan peralatan boleh memberikan penjimatan yang signifi kan, kita mula melihat pula apakah ruang seterusnya yang boleh diterokai dalam pengurusan tenaga,” katanya.

Menurutnya, berdasarkan asas tersebut, tercetus idea meneroka penggunaan tenaga solar sebagai satu lagi pendekatan mengurangkan kos operasi dan meningkatkan kecekapan tenaga jangka panjang.

“SADA tidak beralih kepada tenaga solar semata-mata kerana ia merupakan sumber tenaga yang lebih hijau. Kita memilih pendekatan ini kerana melihatnya sebagai satu pilihan yang lebih cekap, strategik dan mampan untuk operasi jangka panjang,” katanya.

Penjimatan kos tenaga sekitar RM555,000

Pelaksanaan fasa satu ini dijangka memberikan penjimatan kos tenaga sekitar RM555,000 setahun, bersamaan kira-kira 15 peratus daripada kos berkaitan di lokasi yang terlibat. Bagi SADA, nilai penjimatan tersebut bukan sekadar angka dalam penyata kewangan, sebaliknya membuka ruang untuk sumber kewangan syarikat diurus dengan lebih optimum.

Penjimatan berkenaan boleh dimanfaatkan bagi menyokong operasi utama, penyelenggaraan aset serta pengukuhan infrastruktur bekalan air. 

Perancangan guna tenaga solar ke LRA lain

Kejayaan pelaksanaan ini menjadi asas kepada SADA terus meneroka potensi penggunaan tenaga solar di fasiliti lain pada masa depan.

Beberapa LRA turut dikenal pasti untuk perancangan pembangunan seterusnya, tertakluk kepada penilaian dan kesesuaian di setiap lokasi.

Langkah ini merupakan sebahagian daripada pendekatan jangka panjang SADA dalam mengurus tenaga, kos dan operasi dengan lebih cekap, sekali gus memperkukuh keupayaan syarikat menyediakan perkhidmatan bekalan air yang lebih baik dan mampan kepada rakyat Negeri Kedah.