Nur Fitri Azmeer bukan kakitangan UKM, tamat PhD 2021

Iklan
Kenyataan media UKM.

SHAH ALAM - Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mengesahkan lelaki yang dikaitkan dengan kes pedofilia, Nur Fitri Azmeer Nordin bukan kakitangan di institusi pengajian tinggi (IPT) berkenaan.

Menerusi satu kenyataan, UKM memaklumkan, individu berkenaan juga telah menamatkan pengajian ijazah doktor falsafah (PhD) sejak 2021 lalu.

Iklan
Iklan

"Merujuk kepada isu yang tersebar di laman media sosial berhubung dengan bekas pelajar bernama Nur Fitri Azmeer Nordin. UKM ingin menjelaskan bahawa dia telah menatakan pengajian PhD pada tahun 2021.

"Sebagai institusi pendidikan tinggi UKM komited untuk memastikan suasana pembelajaran yang kondusif dan profesional bagi semua pelajar," kata kenyataan itu pada Rabu.

Iklan

Sebelum itu, tular di media sosial mengenai perkongsian seorang pengguna platform X yang menggesa pelajar UKM memaklumkan kepada ibu bapa masing-masing mengenai kehadiran lelaki yang dikaitkan dengan kes pedofilia dan didakwa menjadi tenaga pengajar di universiti berkenaan.

Genius Matematik, Nur Fitri Azmeer yang melanjutkan pelajaran di Imperial College di London sebelum ini pernah menggemparkan negara apabila dijatuhi hukuman penjara sembilan bulan kerana memiliki lebih 30,000 imej dan video lucah kanak-kanak di London, United Kingdom pada 2015.

Iklan

Mahkamah Southwark Crown menjatuhkan hukuman penjara itu terhadap pelajar pintar Matematik berkenaan selepas dia mengaku bersalah terhadap 17 pertuduhan memiliki bahan pedofilia dengan niat untuk mengedarkannya.

Ketika ditahan, polis mendapati penuntut yang memegang biasiswa Matematik itu memiliki 601 video dan imej lucah kategori A iaitu kategori penyalahgunaan melibatkan aktiviti seksual kanak-kanak serta beratus bahan lucah kategori B dan C.