RCI TH: Bekas menteri direman lima hari

Iklan
Bekas menteri diiringi pegawai SPRM untuk prosiding reman pada Selasa.

PUTRAJAYA - Seorang bekas menteri direman lima hari bagi membantu siasatan berhubung isu pajakan hotel berkaitan Tabung Haji (TH) di Arab Saudi.

Perintah tahanan reman yang berakhir Ahad ini dikeluarkan oleh Majistret Ezrene Zakariah selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Rabu.

Iklan
Iklan

Beliau yang juga bekas Ahli Parlimen ditahan selepas hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM pada Selasa.

Kes disiasat mengikut Seksyen16(a)(A) Akta SPRM 2009.

Iklan

Dalam laporan RCI yang didedahkan pada 29 Julai lalu, sebanyak 25 syor utama dikemukakan bagi meningkatkan ketelusan, profesionalisme, dan tadbir urus institusi terbabit.

Antara syor utama yang terkandung dalam laporan RCI terbabit ialah melarang ahli politik aktif daripada menduduki Lembaga Pengarah TH bagi mengelakkan campur tangan politik.

Iklan

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim turut bertitah supaya siasatan berhubung laporan RCI TH dijalankan sehingga ke lubang cacing.