Skyline Luge KL: Destinasi adrenalin untuk percutian penuh keseronokan

Iklan

Bagi pencinta aktiviti lasak yang sedang merancang percutian bersama keluarga atau rakan-rakan, Skyline Luge Kuala Lumpur menawarkan pengalaman yang menggabungkan kelajuan, pemandangan dan keseronokan dalam satu destinasi.

Iklan
Iklan

Terletak di Kuang, Selangor, kira-kira 30 minit dari pusat Kuala Lumpur, taman rekreasi ini sesuai untuk mereka yang mahu mencuba sesuatu yang berbeza.

Antara tarikan utama ialah Skyride, yang membawa pengunjung menaiki kerusi gantung ke puncak sambil menikmati pemandangan panoramik dari udara.

Iklan

Dari situ, pengunjung boleh mencuba Luge dan Night Luge, iaitu pengalaman memandu kenderaan luge menuruni laluan berliku dan terowong pada waktu siang atau malam dengan pencahayaan neon.

Bagi yang lebih berani, Hyfly Zipline menawarkan pengalaman meluncur sepanjang 380 meter dengan putaran unik 720 darjah, manakala Freefall Jump menguji keberanian menerusi lompatan dari platform setinggi empat tingkat.

Iklan

Selepas puas beraksi, pengunjung boleh berehat di Luge View Cafe sambil menikmati kopi, slushie sejuk dan ais krim premium New Zealand dengan pemandangan terus ke kawasan aktiviti.

Menariknya, pengunjung berpeluang mendapatkan tawaran eksklusif sempena MATTA Fair Kuala Lumpur yang berlangsung dari 4 hingga 6 September 2026 di MITEC.

Tiket pakej ditawarkan bermula serendah RM53.50, dengan penjimatan lebih besar untuk pembelian berkumpulan.

Kunjungi Booth 1L13, Level 1, untuk mendapatkan tawaran terhad ini. Tiket yang dibeli di MATTA Fair tidak memerlukan timeslot booking dan sah sehingga 31 Disember 2026. Bagi pembelian pakej Luge + Hyfly untuk empat orang, pengunjung juga berpeluang memenangi hadiah menarik.

Dengan gabungan cabaran, pemandangan dan tawaran istimewa, Skyline Luge KL sememangnya wajar dimasukkan dalam senarai destinasi percutian seterusnya.