Cabaran Legasi #Malaysia 100
Iklan
Apakah sumbangan kita sebagai bekal untuk anak cucu kita?- Gambar hiasan
BAGUS sangat Tuk Husammuddin Yaacub buka mata kita semua pada realiti masa hadapan Malaysia 31 tahun dari sekarang. Kita akan sambut tarikh istimewa itu pada 2057. Tak lama sebenarnya, hanya satu generasi lagi.
Soalannya apakah sumbangan kita sebagai bekal untuk anak cucu kita? Jikalau ikut cara sekarang, nampaknya kita sibuk bertelagah atas soal politik, bangsa, agama dan entah apa lagi. Kita juga masih terima rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan sebagai sesuatu yang normal. Kita biarkan institusi penting kita rosak.