Jangan sampai wacana kajian Melayu jadi mandul
Iklan
Wacana kajian alam Melayu seharusnya dijadikan keutamaan dan dimartabatkan ke peringkat nasional agar ia mampu memacu nilai tambah bangsa Melayu itu sendiri dalam kerangka perlembagaan negara.
WACANA sejarah Melayu tidak seharusnya menjadi mandul hanya kerana sarjana bimbang mengemukakan hipotesis atau pandangan berbeza.
Pensyarah Sejarah, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Madya Dr Nazarudin Zainun berkata, kebebasan akademik perlu dipertahankan bagi membolehkan sesuatu teori dicabar, diuji dan diperbaiki melalui proses ilmiah.