Tiada amalan jemput bekas PM?
Iklan
Laporan Sinar Harian pada 31 Ogos berhubung kehadiran Tun M di Putrajaya untuk menyambut Hari Kebangsaan 2026.
SYABAS perayaan gilang-gemilang Hari Kemerdekaan ke-69 di Dataran Putrajaya. Tapi ada pula adegan yang tidak berapa enak ditonton. Tun Dr Mahathir Mohamad kelihatan di satu sudut berkerusi roda menyaksikan perarakan itu. Ini bukan kali pertama hal itu berlaku. Tahun lepas juga beliau di Putrajaya, tapi masa itu beliau boleh berjalan lagi.
Kenyataan rasmi Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kerja Hari Kebangsaan, Tuk Abdul Halim Hamzah menyebut 'tiada amalan menjemput bekas PM secara automatik' untuk hadir sambutan Hari Kebangsaan sejak tahun 2018.