30 tahun lalu dan 30 tahun akan datang
Iklan
Laporan Sinar Harian pada 1 September berhubung kempen #Malaysia100 yang dilancarkan oleh Hussamuddin sempena sambutan Hari Kemerdekaan negara ke-69.
SEWAKTU menyertai satu kursus motivasi beberapa tahun lalu, ada satu perkara yang disebut tenaga pengajar dan saya masih ingat sampai hari ini. Katanya, apa yang kita jadi hari ini adalah cerminan apa kita lakukan 30 tahun lalu.
Ungkapan itu mungkin nampak biasa sahaja tetapi mempunyai maksud mendalam. Ia mengingatkan bahawa kehidupan kita hari ini bukan terbentuk sekelip mata. Cara kita berfikir, tingkah laku dan perbuatan kita bertahun-tahun lalulah yang sedikit demi sedikit membentuk siapa kita hari ini.