21 penumpang cedera Feri Teluk Bahang bertembung MV Mekar Jaya

Iklan
Anggota Bomba dan Penyelamat berada dilokasi kejadian. Foto: The Star

GEORGE TOWN- Seramai 21 penumpang dilaporkan cedera selepas Feri Teluk Bahang bertembung dengan kapal MV Mekar Jaya dalam had Pelabuhan Pulau Pinang pada Selasa.

Pengerusi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP), Datuk Yeoh Soon Hin berkata, insiden berlaku kira-kira jam 8.40 malam.

Iklan
Iklan

Menurutnya, berdasarkan maklumat awal, MV Mekar Jaya sedang bergerak dari Dermaga Air Dalam Butterworth (DADB) menuju ke Swettenham Pier Cruise Terminal (SPCT).

Soon Hin (tengah) berada di lokasi kejadian bagi mendapatkan maklumat terkini berhubung kejadian berkenaan.

Iklan

“Insiden perlanggaran kemudiannya berlaku melibatkan kapal tersebut dan feri yang sedang dalam perjalanan ke Pengkalan Sultan Abdul Halim (PSAH).

“Setakat maklumat awal yang diterima, seramai 21 orang dilaporkan cedera,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Iklan

Tambah beliau, semua penumpang yang cedera telah dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut.

“Tiada lagi mangsa berada di PSAH,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, beliau mengesahkan operasi perkhidmatan feri berjalan seperti biasa dan tidak terjejas susulan kejadian tersebut.

"SPPP bersama Penang Port Sdn Bhd (PPSB) akan mengambil segala langkah sewajarnya bagi memastikan tindakan susulan berkaitan penumpang yang terlibat dilaksanakan.

“Keselamatan dan kelancaran operasi pelabuhan sentiasa terjamin,” katanya.