Budak 3 tahun maut di Jambatan Victoria

Iklan
Pihak Majlis Perbandaran Kuala Kangsar meletakkan pita larangan di kawasan Jambatan Victoria sebagai langkah keselamatan. Foto tular

KUALA KANGSAR - Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun ditemui maut di bawah Jambatan Victoria di Enggor di sini pada Isnin.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang itu, mangsa, Abdul Rafee Abdul Halim disahkan meninggal dunia Hospital Kuala Kangsar.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superintenden Charan Ai Wan berkata, ketika kejadian mangsa sedang berjalan di atas Jambatan Victoria sambil memegang tangan bapanya sebelum didapati berada di bawah jambatan setinggi kira-kira lima meter.

“Ibu mangsa yang turut berada di lokasi melihat anaknya berada di atas jalan raya di bawah jambatan tersebut.

Iklan

“Waris kemudian membawa mangsa ke Hospital Kuala Kangsar untuk mendapatkan rawatan namun mangsa disahkan meninggal dunia kira-kira jam 7.40 malam,” katanya.

Difahamkan mangsa merupakan anak kelima daripada lima beradik dan keluarganya yang berasal dari Kluang, Johor, datang bercuti ke Kuala Kangsar sebelum mengunjungi Jambatan Victoria untuk lawatan.

Iklan

Sementara itu, susulan kejadian berkenaan jambatan tersebut telah diletakkan pita larangan oleh pihak Majlis Perbandaran Kuala Kangsar sebagai langkah keselamatan.