Ribut petir, hujan lebat di tujuh negeri

Iklan
Beberapa kawasan di Semenanjung dijangka mengalami ribut petir, hujan lebat serta angin kencang - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Ribut petir dan hujan lebat dijangka berlaku di beberapa kawasan di tujuh negeri serta dua Wilayah Persekutuan sehingga 4 petang ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan ia melibatkan beberapa kawasan di Kedah iaitu Kulim, Kuala Muda, Langkawi, Yan dan Bandar Baharu serta Pulau Pinang dan Perak meliputi kawasan Manjung, Larut Matang, Selama, Kuala Kangsar, Perak Tengah dan Kerian.

Iklan
Iklan

Turut terjejas ialah Pahang (Lipis, Raub dan Bentong), Selangor (Klang, Kuala Langat, Sepang, Kuala Selangor, Petaling, Gombak, Hulu Selangor dan Hulu Langat), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Negeri Sembilan (Seremban, Rembau dan Jelebu).

Amaran ribut petir itu turut melibatkan beberapa kawasan di Johor iaitu Mersing, Kluang dan Pontian. - Bernama

Iklan

 

 

Iklan