Merdeka lebih bermakna, LG tawar rebat dan ganjaran eksklusif

Iklan
Nikmati kemeriahan sambutan Merdeka dengan lebih selesa dan mudah di rumah menerusi penyelesaian Smart Life Solutions inovatif LG melalui promosi Celebrate A Better Home.

KETIKA keluarga dan komuniti berkumpul meraikan momen kebersamaan sempena sambutan kemerdekaan, kediaman terus memainkan peranan penting dalam mencipta pengalaman yang mendekatkan hubungan sesama mereka.

Sehubungan itu, LG Electronics Malaysia (LG) menjalankan promosi “Celebrate A Better Home”, yang menawarkan kredit Touch ’n Go eWallet sehingga RM4,000 kepada isi rumah Malaysia bagi pembelian penyelesaian hiburan rumah dan peralatan rumah terpilih sehingga 1 November 2026.

Iklan
Iklan

Promosi berteraskan visi Smart Life Solutions LG, yang menghimpunkan ekosistem inovasi berhubung dikuasakan teknologi K dan Affectionate Intelligence (AI) jenama tersebut bagi menjadikan kehidupan seharian lebih responsif, mudah dan diperibadikan.

Pengarah Urusan LG Electronics Malaysia, Justin Choi berkata, Merdeka ialah masa rakyat Malaysia berkumpul dan begitu banyak detik bermakna itu berlaku di rumah.

Iklan

“Dengan Celebrate A Better Home, kami mahu memudahkan isi rumah Malaysia membawa masuk inovasi yang benar-benar menyokong cara hidup mereka, sama ada berkumpul menonton televisyen, memudahkan rutin harian atau menjadikan kediaman lebih selesa dan menjimatkan tenaga.

“Ini adalah cara kami membantu keluarga meraikan musim ini dengan lebih baik, di rumah,” katanya dalam satu kenyataan.

Iklan

Produk yang mengambil bahagian termasuk barisan televisyen LG OLED evo AI dan LG QNED evo AI 2026 yang diperkenalkan baru-baru ini, penyelesaian dobi LG WashTower™, peti sejuk LG InstaView™, ketuhar gelombang mikro LG NeoChef™, penyedut hampagas LG CordZero™, penulen udara dan air LG PuriCare™, serta pendingin hawa LG DUALCOOL™ yang menyokong pelbagai keperluan daripada tontonan bersama dan penyediaan makanan kepada urusan mencuci pakaian, pembersihan, penyejukan dan keselesaan ruang dalaman.

Pada masa sama, isi rumah yang ingin menaik taraf lebih daripada satu ruang di kediaman juga boleh memperoleh ganjaran tambahan menerusi promosi Mix and Match.

Dalam pada itu, pelanggan yang membeli dua atau lebih produk LG terpilih daripada kategori berbeza dalam satu resit, dengan perbelanjaan minimum RM3,000, boleh menerima kredit Touch ’n Go eWallet tambahan sehingga RM400.

Televisyen LG terpilih yang dipadankan dengan Soundbar LG yang layak pula melayakkan pelanggan menerima kredit tambahan sehingga RM300, manakala pembelian dua atau lebih peti sejuk LG Objet Collection yang layak membolehkan pelanggan memperoleh sehingga RM1,000.

Gabungan dobi pintar terpilih turut melayakkan pelanggan menerima kredit Touch ’n Go eWallet tambahan: LG WashTower™ yang layak dipadankan dengan LG Styler™ menawarkan sehingga RM300, manakala mesin basuh muatan hadapan yang layak dipadankan dengan mesin pengering yang layak menawarkan sehingga RM200.

Selain itu, pengguna yang ingin mengurangkan kos tenaga jangka panjang juga boleh mendapat manfaat daripada program nasional NUR@PETRA.

Pendingin hawa dan peti sejuk LG terpilih yang mempunyai penarafan kecekapan tenaga empat atau lima bintang mungkin layak menerima e-Rebat tambahan sebanyak RM200 di bawah inisiatif tersebut, yang dilaksanakan oleh Sustainable Energy Development Authority Malaysia (SEDA) dengan kerjasama Suruhanjaya Tenaga.

e-Rebat tersebut adalah berasingan daripada ganjaran promosi LG dan tertakluk kepada model yang layak, kelulusan SEDA, pengedar yang mengambil bahagian serta ketersediaan berdasarkan prinsip siapa cepat dia dapat.

Selain ganjaran promosi, pembelian terpilih turut disertakan hadiah percuma dan manfaat lanjutan waranti.

Sempena LG meraikan ulang tahun ke-10 InstaView™, pembelian peti sejuk yang layak akan menerima Cooler Bag Edisi Terhad LG InstaView™ 10th Anniversary bernilai RM199, selagi stok masih ada.

Sementara itu, pelanggan yang membeli pendingin hawa LG inverter terpilih juga boleh menebus lanjutan waranti tambahan selama dua tahun bagi semua bahagian, yang berkuat kuasa selepas tempoh waranti standard selama satu tahun tamat.

Bagi isi rumah yang mahukan fleksibiliti lebih tinggi, LG Subscribe™ menawarkan alternatif untuk membawa inovasi ini ke rumah menerusi bayaran bulanan yang mudah, dengan penyelenggaraan layan diri, lawatan berkala atau gabungan kedua-duanya disertakan.

Tawaran tersebut dibina berasaskan pengiktirafan LG sebagai Jenama Langganan Peralatan Rumah No. 1 Korea, satu pengiktirafan yang mencerminkan kepercayaan pengguna terhadap model langganan, menggabungkan teknologi peralatan rumah termaju dengan pemilikan fleksibel dan penjagaan khusus.

Pengguna boleh merujuk senarai model yang layak dan menghantar tuntutan penebusan mereka di www.lg.com/my/promotions/lgrewards-merdekapromo-2026/ sebelum 30 November 2026.

Selepas pengesahan berjaya, kredit Touch ’n Go eWallet yang layak akan dikreditkan terus ke akaun berdaftar pelanggan.