Kapal tangki diserang di Selat Hormuz - Agensi Maritim UK

Iklan
Sebuah kapal tangki diserang ketika keluar dari Selat Hormuz, menurut UKMTO pada Isnin. Foto hiasan

TEHERAN - Sebuah kapal tangki diserang ketika keluar dari Selat Hormuz, menurut Operasi Perdagangan Maritim United Kingdom (UKMTO) pada Isnin, lapor agensi berita Jerman dpa.

UKMTO berkata, kapal itu terkena tiga"projektil tidak dikenal pasti” ketika dalam perjalanan keluar dari selat berkenaan, kira-kira 30 kilometer ke timur bandar Khasab, Oman.

Iklan
Iklan

Tiada kecederaan dilaporkan.

Setakat ini, belum dapat dipastikan pihak yang bertanggungjawab terhadap serangan itu.

Iklan

Insiden itu berlaku selepas Iran dan Amerika Syarikat (AS) saling melancarkan serangan pada malam sebelumnya buat kali pertama sejak akhir Julai.

Tentera AS berkata pihaknya menyerang unit Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) Iran yang sedang membuat persediaan untuk memasang periuk api di Selat Hormuz.

Iklan

Iran kemudian melancarkan peluru berpandu ke pangkalan tentera AS di Jordan, namun dipintas, menurut pihak berkuasa Jordan. - Bernama-dpa