KUALA LUMPUR - Amerika Syarikat (AS), sebagai antara pelabur dan rakan dagang utama Malaysia, berharap dapat terus memperkukuh hubungan dengan negara ini pada tahun-tahun akan datang, kata Setiausaha Negara AS, Marco Rubio.
Dalam perutusan sempena sambutan Hari Kebangsaan Malaysia pada 31 Ogos, Rubio berkata, AS dan Malaysia berkongsi hubungan yang erat dan berkekalan, berteraskan hubungan ekonomi yang kukuh, ikatan antara rakyat serta komitmen bersama terhadap kebebasan pelayaran di Indo-Pasifik yang bebas dan terbuka.