426 majikan cuba palsukan tuntutan
Iklan
Antara individu yang disiasat SPRM membabitkan Op Daya. Gambar kecil: Mohammed Azman
KUALA LUMPUR – Kecekapan Bahagian Anti Fraud Etika dan Integriti (AFEI) Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) serta penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) membongkar tuntutan palsu Daya Kerjaya, sekali gus menyelamatkan dana RM6.83 juta.
Kes mula dikesan menerusi sistem tatakelola dan kawalan dalaman Perkeso sebelum AFEI mengenal pasti ketidakpatuhan pada akhir 2024 melalui siasatan, risikan lapangan, teknologi dan analitik data.