Gelombang BN-PN demi rakyat atau kepentingan pihak tertentu? - AMK
Iklan
Mohd Shafiq berkata, politik yang sentiasa mencari musuh mungkin mampu menggerakkan emosi penyokong, tetapi ia tidak akan menyelesaikan masalah rakyat. Foto fail
KUALA LUMPUR - Rakyat mempersoalkan sama ada kerjasama antara Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) benar-benar berteraskan kepentingan rakyat atau manfaat kepada pihak tertentu yang berdepan dengan pelbagai kepentingan serta tekanan politik.
Exco Angkatan Muda Keadilan (AMK), Mohd Shafiq Iqram Abdullah berkata, BN dan PN tidak boleh mengharapkan rakyat menerima sesuatu naratif tanpa menjawab persoalan yang telah dibangkitkan.
Iklan
Iklan
Maka tegasnya, atas nama ketelusan, setiap kerjasama politik perlu mempunyai asas yang jelas dan boleh dipertanggungjawabkan kepada rakyat.
"Dalam masa yang sama, PN juga perlu menjawab persoalan yang lebih besar.
Iklan
"Apakah tawaran mereka kepada rakyat untuk membawa negara ke hadapan selain terus memainkan sentimen dan membahagikan masyarakat kepada kelompok 'kami dan 'mereka?" soalnya dalam satu kenyataan semalam.
Mohd Shafiq berkata, politik yang sentiasa mencari musuh mungkin mampu menggerakkan emosi penyokong, tetapi ia tidak akan menyelesaikan masalah rakyat.
Iklan
Jelasnya, rakyat sedang berhadapan dengan isu kos sara hidup, peluang pekerjaan, pertumbuhan ekonomi, pendidikan dan masa depan generasi muda sekali gus semuanya memerlukan kepimpinan yang mampu mentadbir dan menawarkan penyelesaian.
Jelasnya, Melayu juga tidak seharusnya terus dijadikan modal politik setiap kali negara berhadapan dengan pilihan raya.
"Orang Melayu, seperti seluruh rakyat Malaysia, mahukan kehidupan yang lebih baik, peluang ekonomi yang lebih luas, pendidikan berkualiti dan masa depan yang lebih terjamin.
"Rakyat tidak dikhianati kerana parti politik memilih untuk berbincang atau bekerjasama. Rakyat dikhianati apabila kepentingan mereka diketepikan demi percaturan politik yang tidak membawa penyelesaian kepada kehidupan mereka," ujarnya.
Bagaimanapun, katanya, Pakatan Harapan (PH) percaya persaingan politik dan kematangan politik boleh berjalan seiring.
Tambahnya, semua pihak boleh bersaing dalam pilihan raya dan mempertahankan prinsip masing-masing. dan pada masa sama perlu bersedia untuk berbincang serta mencari titik persamaan apabila kepentingan rakyat serta kestabilan negara memerlukannya.
"PH tidak akan menolak kerjasama hanya kerana sentimen politik. Namun, PH juga tidak akan menerima sebarang kerjasama tanpa asas, prinsip dan kejelasan yang boleh dipertanggungjawabkan kepada rakyat.
"Akhirnya, pengundi Melaka nanti akan menilai setiap parti berdasarkan pendirian, rekod dan keupayaan mereka untuk membawa negeri ini ke hadapan.
"BN dan PN perlu menjawab persoalan rakyat mengenai asas dan hala tuju politik mereka. PH pula akan terus menawarkan pendekatan yang berprinsip, terbuka dan berpaksikan kepentingan rakyat," katanya. - Awani
Perikatan Nasional (PN) menubuhkan pasukan perundangan bagi meneliti tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) yang menggantung semua kegiatan gabungan itu, lapor wartawan Sinar Harian, Adila Sharinni Wahid.
Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pasukan berkenaan sedang meneliti tindakan yang sesuai dari sudut perundangan termasuk kemungkinan memohon injunksi atau pengisytiharan bahawa keputusan berkenaan tidak sah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797938/berita/politik/pn-tubuh-pasukan-perundangan-teliti-tindakan-ros
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.