Dua maut bot bertembung di Mersing

Iklan
Anggota bomba menyelamatkan mangsa terlibat dalam kemalangan dua buat bot di Mersing. - FOTO: Bomba

MERSING - Dua maut manakala empat lagi cedera selepas dua buah bot berltembung di Jeti Kastam Mersing kira-kira jam 9.04 malam pada Isnin.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan I Mohamed Zainuddin Ahmad berkata, hasil maklumat awal, enam mangsa dilaporkan terlibat.

Iklan
Iklan

Menurut Mohamed Zainuddin, sembilan anggota bersama satu unit Fire Rescue Tender (FRT) dan Fire Rescue Vehicle (FRV) dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Dua mangsa dilaporkan meninggal dunia manakala empat lagi cedera,” katanya menerusi kenyataan pada Isnin.

Iklan

Mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. - FOTO: Bomba

Menurutnya, mangsa maut diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Iklan

“Empat mangsa yang cedera pula dirujuk ke Hospital Mersing untuk rawatan lanjut,” ulasnya.

Operasi menyelamat masih dijalankan dan perkembangan kes dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Mersing, Superintenden Abdul Razak Abdullah Sani ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut dan siasatan masih dijalankan.

"Sebarang kenyataan atau perkembangan akan dimaklumkan kemudian," katanya.