Hantaran Facebook Anthony Loke cetus tanda tanya

Iklan
Hantaran Anthony di Facebook

SHAH ALAM - Hantaran terbaharu Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke hari ini menimbulkan tanda tanya.

Ungkapan ringkas 'Habis madu, sepah dibuang’ dimuat naik menerusi Facebooknya.

Iklan
Iklan

Ia dibuat selepas bekas Ahli Parlimen Bangi, Ong Kian Ming mengumumkan keputusan meninggalkan parti itu hari ini.

Beliau bagaimanapun tidak menyebut atau menerangkan tentang sebarang perkara yang dimaksudkan dengan peribahasa tersebut.

Iklan

Kian Ming menyertai DAP pada 2012 dan dua kali dipilih sebagai Ahli Parlimen Bangi, yang ketika itu dikenali sebagai Serdang.

Beliau turut pernah dilantik sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), selain memikul pelbagai tanggungjawab dalam DAP, khususnya berkaitan strategi dan persiapan menghadapi pilihan raya.

Iklan

Kian Ming yang mengumumkan keluar daripada DAP pada Isnin memaklumkan, walaupun tidak lagi berperanan sebagai ahli politik, beliau akan terus berkhidmat demi kepentingan negara melalui pelbagai platform serta bekerjasama dengan individu yang mempunyai pemikiran dan minat yang sama.

Beliau turut menyatakan komitmen untuk membantu bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, berkempen pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16), sekiranya beliau diberikan kerusi untuk bertanding.