ISTANBUL - Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) Iran pada Isnin berkata, pihaknya menembak jatuh sebuah dron Amerika Syarikat (AS) di ruang udara Selat Hormuz hingga terhempas ke perairan Teluk, lapor Anadolu Ajansi memetik media tempatan.
Dalam satu kenyataan, pejabat perhubungan awam IRGC berkata, anggota pertahanan udaranya menembak jatuh dron jarak jauh MQ-9 Reaper milik AS dengan peluru berpandu pada awal Isnin, menyebabkan pesawat tanpa pemandu itu jatuh ke perairan Teluk, menurut Agensi Berita Mehr Iran.