Langsir bas tutupi enam jenazah
Iklan
Bagi menghormati mangsa, orang ramai mengambil langsir daripada bas untuk menutup tubuh mereka dan pemandangan itu cukup membuatkan hati penulis tersentuh. Foto hiasan
DALAM dunia kewartawanan, kejadian tidak pernah memilih waktu. Ada kalanya telefon berbunyi ketika sedang makan, memandu dan ada juga ketika sedang lena tidur.
Saya masih ingat satu pagi pada 13 April 2009. Ketika itu saya sedang tidur. Maklumlah, waktu subuh selepas penat seharian membuat liputan. Namun sekitar jam 5.30 pagi, tidur saya terganggu apabila menerima panggilan daripada seorang rakan wartawan Malay Mail.