[VIDEO] 369 Jalur Gemilang semarakkan merdeka
Iklan
KOTA TINGGI - Seorang peneroka Felda di sini tidak pernah ketinggalan memasang Jalur Gemilang pada keretanya sejak 16 tahun lalu demi menyemarakkan sambutan Bulan Kebangsaan dengan cara tersendiri.
Arbaain mahu menyemarakkan semangat patriotisme dalam kalangan rakyat negara ini.
Iklan
Iklan
Arbaain Mohamad, 62, berkata, minat itu bermula dengan Proton Gen2, diikuti Toyota Hilux sebelum kini menggunakan Proton Iswara Aeroback yang dibeli lebih 10 tahun lalu.
Menurutnya, dia tidak pernah malu memandu kereta sarat Jalur Gemilang dan bendera negeri ke serata Johor, malah sanggup berada di jalan raya dari jam 8 pagi hingga 6 petang.
Iklan
Katanya, usaha itu bukan sahaja mendapat sambutan positif, malah tular di media sosial selepas orang ramai merakam dan berkongsi video keretanya.
“Untuk tahun ini, 369 bendera dipasang sebagai simbolik kemerdekaan ke-69. Saya menyediakan lebih 1,000 bendera sebagai ganti jika ada yang rosak atau terkoyak sebelum mengelilingi kawasan sekitar,” katanya ketika ditemui di Kota Tinggi pada Sabtu.
Iklan
Arbaain berkata, dia bersama isteri lazimnya menjelajah pelbagai kawasan termasuk Pengerang dan Kota Tinggi, malah pernah merentas beberapa negeri.
“Kita akan menjelajah selama sebulan, dari 16 Ogos hingga 16 September sempena sambutan Hari Malaysia,” katanya.
Arbaain bersama Proton Iswara miliknya yang dihiasi 369 bendera sempena Bulan Kebangsaan tahun ini.
Mengenai minat itu, Arbaain berkata, idea tercetus selepas melihat rakannya memandu kereta dihiasi Jalur Gemilang sekitar 16 tahun lalu.
Sambutan positif terhadap percubaan pertama menyemarakkan minatnya untuk meneruskan tradisi itu menerusi siri jelajah solo di sekitar Johor.
“Alhamdulillah, usaha saya bukan sahaja mendapat sambutan orang kampung, malah turut disokong ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri) kawasan dan pemimpin politik,” katanya.
Katanya, minat tersebut tidak membebankan daripada segi kos kerana bendera boleh diperoleh pada harga berpatutan dalam talian.
“Sekurang-kurangnya usaha saya ini dapat mengembalikan nostalgia atau kenangan kerana dahulu ramai yang berbuat begini, tetapi sekarang sudah berkurangan.
“Saya berharap agar lebih ramai rakyat Malaysia dapat melakukan perkara seperti ini kerana mungkin kita berdepan kekangan kos untuk menyaksikan perbarisan, tetapi melalui cara ini, dapatlah kita menyemarakkan Hari Kemerdekaan negara,” ujarnya.
Lebih enam dekad selepas laungan keramat ‘Merdeka’ bergema pada 31 Ogos 1957, sejarah detik kelahiran negara masih tersimpan rapi di sebuah galeri kecil di Kampung Serkat, Pontian, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.
Di sebalik helaian dokumen yang semakin dimamah usia, surat khabar lama dan pelbagai cenderamata kemerdekaan, tersimpan kisah perjuangan serta semangat rakyat ketika menyambut pembebasan Tanah Melayu daripada penjajah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/793849/edisi/johor/salinan-pemasyhuran-kemerdekaan-1957-khazanah-berharga-disimpan-cikgu-jamal
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.