Kanak-kanak 3 tahun mangsa ragut di festival makanan

Iklan
Kanak-kanak perempuan berusia 3 tahun menjadi mangsa ragut apabila rantai leher emas bernilai RM2,900 ditarik seorang lelaki di kawasan festival makanan malam tadi. - Gambar hiasan

NILAI - Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun menjadi mangsa ragut apabila rantai leher emas bernilai RM2,900 ditarik seorang lelaki di kawasan festival makanan di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Johari Yahya berkata, pihaknya menerima laporan pada 10.28 malam dan kejadian berlaku semasa mangsa dan ahli keluarganya berjalan di festival itu yang sesak dengan pengunjung.

Iklan
Iklan

"Mangsa memaklumkan kepada ibunya ada seorang lelaki telah menarik sesuatu pada bahagian leher sebelum wanita itu mendapati rantai leher emas dipakai anaknya hilang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Johari berkata, polis sedang menjalankan siasatan termasuk memeriksa rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan berhampiran bagi mengenal pasti suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan.

Iklan
Iklan

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta membantu siasatan dengan menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai menerusi talian 06-790 4222 atau balai polis berhampiran. - Bernama