UMNO mulakan rundingan kerjasama PRN Melaka selepas DUN dibubarkan

Iklan
Ahmad Zahid - FOTO: Bernama

KUALA LUMPUR - UMNO akan memulakan rundingan rasmi berhubung kemungkinan kerjasama dengan mana-mana parti bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, selepas Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka dibubarkan.

Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, perkara itu telah diserahkan kepada Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh untuk mengetuai perbincangan berkenaan selepas pembubaran DUN.

Iklan
Iklan

"Sekarang mungkin (ada) perbincangan secara tidak rasmi tetapi, rundingan rasmi itu selepas bubar (DUN),” katanya.

Timbalan Perdana Menteri berkata demikian ketika ditanya mengenai pendirian UMNO berhubung kemungkinan kerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi PRN Melaka.

Iklan

Ahmad Zahid berkata, beliau sebelum ini turut mengadakan perbincangan dengan keseluruhan Biro Politik UMNO Melaka yang membentangkan persediaan parti menghadapi pilihan raya negeri berkenaan.

Beliau berkata, pembentangan itu turut dibawa ke peringkat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, untuk membincangkan secara terperinci pembentangan data yang diperoleh menerusi war room UMNO Melaka. - Bernama 

Iklan