PNB sokong Malaysia #QuranHour 2026, semai nilai al-Quran dalam masyarakat

Iklan
PNB menyokong Malaysia #QuranHour 2026 yang diadakan di Masjid Al-Sultan Abdullah Presint Merdeka 118 di Kuala Lumpur pada Ahad. Foto hiasan

SHAH ALAM - Penaja utama Malaysia #QuranHour 2026, Permodalan Nasional Berhad (PNB) berbesar hati dapat bersama-sama menyokong program tersebut yang diadakan di Masjid Al-Sultan Abdullah Presint Merdeka 118, di Kuala Lumpur pada Ahad.

PNB dalam satu kenyataan berkata, Malaysia #QuranHour 2026 merupakan sebuah inisiatif yang menggalakkan masyarakat menghayati dan mengamalkan nilai-nilai murni yang terkandung dalam al-Quran dalam kehidupan seharian.

Iklan
Iklan

"Selaras dengan matlamat PNB untuk mengukuh kedudukan kewangan rakyat merentas generasi, kami percaya bahawa nilai seperti integriti, amanah, tanggungjawab dan ihsan merupakan asas penting dalam membina kehidupan yang sejahtera.

"Nilai-nilai ini bukan sahaja menjadi panduan dalam urusan kewangan dan pekerjaan, malah dalam membentuk masyarakat yang lebih berdaya tahan dan saling menyokong antara satu sama lain," ujarnya.

Iklan

Pada Ahad, Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah mencemar duli berangkat ke program berkenaan.

Ketibaan Seri Paduka Baginda pada 11.55 pagi diiringi Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil dan Penasihat Kumpulan Karangkraf yang juga Pengasas Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF), Datuk Hussamudin Yaacub.

Iklan

Malaysia #QuranHour 2026 yang memasuki tahun ke-12 mengangkat tema Bingkas Menuju Malaysia Sejahtera.

Program anjuran Warisan Ummah Ikhlas Foundation (WUIF) itu mengetengahkan tanda pagar #BuatKeranaAllah, #MindsetAlQuran, #BacaFahamAmal dan #OperatingSystemAlQuran.

Kempen tahun ini berpandukan gandingan Surah al-Muzzammil, Surah al-Balad dan Surah Al-Baqarah selain mendapat kerjasama Jawatankuasa Sambutan Hari Kebangsaan, Kementerian Komunikasi, Radio Televisyen Malaysia (RTM) sebagai penyiar rasmi.

Tambah PNB, diharapkan inisiatif seperti Malaysia #QuranHour dapat terus menyemai nilai-nilai murni dalam kalangan rakyat Malaysia.

"Selain itu, dapat menggalakkan pembentukan masyarakat yang lebih berakhlak, bertanggungjawab dan bersatu dalam usaha menuju kesejahteraan serta kemakmuran bersama," ujarnya.