Tular kereta dipandu laju, lelaki bertumbuk di parkir

Iklan
Tangkap layar rakaman video tular memaparkan kejadian pergaduhan dan kekecohan sekumpulan individu di ibu negara.

KUALA LUMPUR - Polis menyiasat insiden kekecohan dan pergaduhan membabitkan sekumpulan lelaki di kawasan Wangsa Maju di sini.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, setakat ini pihaknya belum menerima laporan polis berhubung kejadian itu.

Iklan
Iklan

"Siasatan lanjut sedang dijalankan," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Sebelum itu, tular video berdurasi 38 saat sebuah kereta yang dipandu laju merempuh sebuah kereta lain di kawasan parkir.

Iklan

Kejadian itu menyebabkan sekumpulan lelaki mengamuk dan menghentak cermin pintu kereta dengan topi keledar.

Malah berlaku pergaduhan antara indvidu terbabit.

Iklan

Punca kejadian masih dalam siasatan polis.