Raja Permaisuri Agong berangkat ke Malaysia #QuranHour 2026

Iklan
Raja Zarith Sofiah mencemar duli berangkat ke Program Malaysia #QuranHour 2026 di Masjid Al-Sultan Abdullah Presint Merdeka 118 pada Ahad.

KUALA LUMPUR - Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah mencemar duli berangkat ke Program Malaysia #QuranHour 2026 yang berlangsung di Masjid Al-Sultan Abdullah Presint Merdeka 118 di sini pada Ahad.

Ketibaan Seri Paduka Baginda pada 11.55 pagi diiringi Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil dan Penasihat Kumpulan Karangkraf yang juga Pengasas Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF), Datuk Hussamudin Yaacub.

Iklan
Iklan

Malaysia #QuranHour 2026 yang memasuki tahun ke-12 mengangkat tema Bingkas Menuju Malaysia Sejahtera.

Program anjuran Warisan Ummah Ikhlas Foundation (WUIF) itu mengetengahkan tanda pagar #BuatKeranaAllah, #MindsetAlQuran, #BacaFahamAmal dan #OperatingSystemAlQuran.

Iklan

Raja Zarith Sofiah mencemar duli berangkat ke Program Malaysia #QuranHour 2026 di Masjid Al-Sultan Abdullah Presint Merdeka 118 pada Ahad.

Malaysia #QuranHour mengajak rakyat berhenti sejenak daripada kesibukan dan perbezaan, kemudian memulakan perubahan daripada diri sendiri, keluarga, masyarakat dan negara.

Iklan

Kempen tahun ini berpandukan gandingan Surah al-Muzzammil, Surah al-Balad dan Surah Al-Baqarah selain mendapat kerjasama Jawatankuasa Sambutan Hari Kebangsaan, Kementerian Komunikasi, Radio Televisyen Malaysia (RTM) sebagai penyiar rasmi serta Permodalan Nasional Berhad (PNB) sebagai penaja utama.