Tiga kanak-kanak rentung, 202 rumah terbakar

Iklan
Keadaan rumah yang terbakar di kawasan Kampung Numbak, Kota Kinabalu. Foto bomba

KOTA KINABALU - Seorang lagi ditemukan rentung menjadikan tiga mangsa terkorban dalam kebakaran melibatkan kira-kira 202 rumah setinggan atas air di sini, pada awal pagi Ahad.

Mangsa dikenali sebagai Nana Abdullah, 4, Mohd Asrul Abdullah, 6, dan Nurfarahdilah Mohd Tajihah, 8, ditemukan rentung oleh pasukan bomba.

Iklan
Iklan

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Mohd Pisar Aziz berkata, kebakaran melibatkan kawasan rumah setinggan atas air jenis tidak kekal iaitu Kampung Lok Buta.

Pasukan bomba menjalankan operasi dalam memadam kebakaran di tiga kampung merangkumi Kampung Numbak, Kota Kinabalu. Foto bomba

Iklan

"Anggaran awal kebakaran melibatkan kira-kira 202 rumah dengan keluasan kawasan terjejas.

"Pasukan bomba berjaya mengawal kebakaran daripada terus merebak ke kawasan berhampiran dan operasi pemadaman serta kerja-kerja overhaul sedang dijalankan.

Iklan

Katanya, terdapat tiga dikhuatiri hilang dalam kejadian tersebut.

"Kesemua mangsa telah dijumpai dalam keadaan rentung oleh pasukan bomba.

"Mangsa melibatkan kanak-kanak perempuan dan seorang kanak-kanak lelaki," katanya.

Katanya lagi, jumlah sebenar rumah yang terlibat serta status mangsa masih dalam proses pengesahan.

"Maklumat akan dikemaskini dari semasa ke semasa," katanya.