Dua gudang bahan kimia pertanian musnah terbakar

Iklan
Dua gudang menyimpan bahan kimia pertanian musnah dalam kebakaran di Jalan Raja Arfah, Segambut pada Ahad.

KUALA LUMPUR - Dua gudang menyimpan bahan kimia pertanian musnah dalam kebakaran di Jalan Raja Arfah, Segambut, di sini pada Ahad.

Dalam kejadian itu, sebuah gudang penyimpanan bahan racun perosak kalsium sulfat berkeluasan 8,000 kaki persegi mengalami kemusnahan kira-kira 90 peratus.

Iklan
Iklan

Sebuah lagi gudang yang menyimpan baja pula berkeluasan 6,400 kaki persegi dan mengalami kemusnahan kira-kira 30 peratus.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur dalam kenyataan memaklumkan Pusat Gerakan Operasi (PGO) Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu menerusi talian NG999.

Iklan

Menurutnya, jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sentul digerakkan ke lokasi dengan bantuan BBP Jinjang, BBP Jalan Hang Tuah, BBP Jalan Tun Razak dan BBP Sri Hartamas.

"Setibanya pasukan bomba di lokasi, Komander Operasi melaporkan kebakaran melibatkan dua unit gudang penyimpanan bahan kimia pertanian.

Iklan

"Gudang pertama berkeluasan 8,000 kaki persegi dengan anggaran kemusnahan sebanyak 90 peratus, manakala gudang kedua berkeluasan 6,400 kaki persegi dengan anggaran kemusnahan sebanyak 30 peratus," menurut kenyataan itu pada Ahad.

Jelasnya, tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian berkenaan.

"Punca kebakaran masih dalam siasatan Unit Penyiasatan Kebakaran JBPM," katanya.