675 maut, 2,498 hilang dalam gelongsoran lumpur di Nepal - Pihak berkuasa

Iklan
Para pekerja menggunakan jengkaut untuk membersihkan lumpur di Dhunge Bazaar, daerah Nuwakot, Nepal susulan kejadian banjir kilat dan tanah runtuh yang melanda kawasan sempadan Nepal-Tibet. Foto AFP

KATHMANDU - Pihak Berkuasa Pengurangan dan Pengurusan Risiko Bencana Kebangsaan Nepal memaklumkan sebanyak 675 mayat ditemukan di kawasan yang dilanda gelongsoran lumpur setakat jam 6.30 petang waktu tempatan pada Sabtu, manakala 2,498 orang masih hilang, lapor Xinhua.

Menurut Jabatan Pelancongan Nepal di bawah Kementerian Kebudayaan, Pelancongan dan Penerbangan Awam, seramai 753 pelancong masih tidak dapat dihubungi setakat jam 5.30 petang waktu tempatan, termasuk 589 warga asing.

Iklan
Iklan

ARTIKEL BERKAITAN: Banjir Nepal: Angka kematian meningkat 160 orang, lebih 680 masih hilang

Banjir Nepal: Lebih 50 rakyat Malaysia gagal dihubungi

Iklan

95 maut, 484 hilang susulan banjir di utara Nepal

17 rakyat Malaysia antara ratusan hilang susulan banjir kilat di Nepal

Iklan

Lebih 380 pelancong termasuk 291 warga asing hilang selepas banjir di Nepal

11 rakyat Malaysia tidak dapat dihubungi susulan banjir di Nepal - Wisma Putra

Pejabat Pentadbiran Daerah Kathmandu pada Sabtu mengeluarkan notis segera yang menyeru pelbagai persatuan, institusi, perusahaan dan individu di Kathmandu supaya menyumbangkan bekalan bantuan bagi membantu mangsa di daerah Rasuwa, Nuwakot dan Dhading. - Bernama