Mainan korporat RM7.5 bilion
Iklan
Syarikat NexG Berhad didakwa memperoleh kontrak bernilai kira-kira RM2.74 bilion daripada KDN melalui anak syarikatnya, Datasonic Technologies Sdn Bhd (DTSB).
PADA waktu Kerajaan Perpaduan Madani hangat membongkar semula skandal Tabung Haji dan Felda yang berlaku pada zaman pemerintahan Barisan Nasional (BN), tiba-tiba muncul cerita ‘corporate play’ berbilion ringgit.
Kali ini, mainan korporat itu membabitkan Kerajaan Madani sendiri. Tidak semena-mena, dihebahkan yang kerajaan akan membeli balik kontrak dan konsesi berkaitan pasport, MyKad dan dokumen-dokumen keselamatan lain daripada pemegang swata.