Merdeka dalam politik belum merdeka
Iklan
Rayakan 69 tahun kemerdekaan Malaysia dengan menghayati makna sebenar merdeka.
SETIAP kali 31 Ogos, kita mengibarkan Jalur Gemilang, menyanyikan lagu patriotik dan mengulangi kisah perjuangan mendapatkan kemerdekaan. Namun, selepas 69 tahun mungkin sudah tiba masanya kita bertanya soalan yang lebih mendasar: kita sebenarnya sudah merdeka daripada apa dan masih belum merdeka daripada apa?
Kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 menamatkan penjajahan dan mengembalikan hak menentukan masa depan negara kepada rakyat. Ia kemenangan politik besar tetapi kemerdekaan bukan titik akhir. Ia proses perlu diisi dari satu generasi ke generasi berikutnya.