Jumlah sembuh di Jerman atasi kes baharu

Iklan
Gambar kecil: Jehn Spahn

JERMAN - Penularan wabak koronavirus (Covid-19) di Jerman telah dapat dikawal kembali setelah jumlah pesakit yang sembuh mula mengatasi jumlah kes baharu minggu ini.

Menurut portal Al Jazeera, perkara itu telah dimaklumkan oleh Menteri Kesihatan Jerman, Jehn Spahn.

Iklan
Iklan

"Wabak ini telah terkawal dan dapat dikendalikan,” katanya.

Rabu lalu, Canselor Jerman, Angela Merkel berkata Jerman akan mula mengambil langkah awal daripada perintah berkurung dengan membuka semula sebahagian kedai pada minggu hadapan.

Iklan

Bukan itu sahaja, sebahagian sekolah juga akan mula dibuka bermula 4 Mei nanti.

Jerman sehingga hari ini mencatatkan 138,221 kes Covid-19 dan 81,800 daripadanya telah kembali sembuh.

Iklan