Lewat latih tenaga kerja, negara berisiko bergantung pakar luar
Iklan
MD ASRUL
SHAH ALAM - Negara berisiko bergantung kepada pakar luar sekiranya industri pembinaan tidak mengambil langkah awal melatih semula tenaga kerja tempatan bagi menghadapi peralihan kepada penggunaan jentera elektrik.
Malah, keadaan itu turut boleh mendedahkan industri kepada risiko keselamatan elektrik di tapak pembinaan apabila penggunaan teknologi berkenaan semakin berkembang.