MQH 2026: Henti sejenak daripada kesibukan, buka al-Quran hayati kalam ALLAH
Iklan
Persediaan Malaysia #Quran Hour yang bakal berlangsung di Masjid Al-Sultan Abdullah Presint Merdeka 118 Kuala Lumpur pada 30 Ogos. Gambar kecil: Marhaini
SHAH ALAM – Penganjuran Malaysia #QuranHour 2026 yang memasuki tahun ke-12 dengan tema ‘Bingkas Menuju Malaysia Sejahtera’ diharap dapat mengajak orang ramai berhenti sejenak daripada kesibukan duniawi untuk membaca, memahami dan mengamalkan al-Quran.
Sempena Sambutan Hari Kebangsaan Malaysia ke-69, Malaysia #QuranHour 2026 diadakan serentak di seluruh negara dengan Masjid Al-Sultan Abdullah Presint Merdeka 118 Kuala Lumpur sebagai lokasi perdana tahun ini.
Iklan
Iklan
Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF), Marhaini Yusoff berkata, pemilihan Masjid Al-Sultan Abdullah Presint Merdeka 118 membuka lebih banyak ruang kerjasama strategik dengan badan korporat di samping memperluas penyertaan organisasi, institusi dan masyarakat setempat.
Menurut beliau, kelainan utama bukan hanya terletak pada lokasi baharu, tetapi juga mesej yang ingin disampaikan kepada rakyat menerusi tiga surah pilihan.
Iklan
"Surah al-Muzzammil, al-Balad dan al-Baqarah dipilih sebagai panduan untuk mengajak rakyat bangkit membina kekuatan diri, masyarakat yang saling peduli serta negara sejahtera dan makmur.
Poster Malaysia #Quran Hour.
Iklan
“Sempena Hari Kebangsaan Malaysia ke-69, kami mahu masyarakat mengangkat al-Quran bukan sekadar untuk dibaca dan diperdengarkan.
"Tetapi dikaji, difahami dan diamalkan sebagai panduan membina jiwa yang kuat," katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.
Marhaini memaklumkan, gelombang program itu telah dimulakan di peringkat sekolah di Selangor, Negeri Sembilan, Terengganu dan banyak lagi sebelum digerakkan serentak di seluruh negara hari ini.
Beliau menambah, matlamatnya tidak lain tidak bukan demi mencetuskan perubahan cara fikir dan sikap rakyat melalui interaksi dengan kalamullah.
“Malaysia #QuranHour merupakan gerakan rakyat untuk rakyat.
"Justeru, kami menyeru seluruh rakyat Malaysia, berhentilah sejenak daripada kesibukan, buka al-Quran dan hayati kalam ALLAH SWT.
“Mungkin di situlah terdapat jawapan, kekuatan dan petunjuk yang selama ini dicari-cari,” ujarnya lagi.
Marhaini turut memasang harapan agar penghayatan al-Quran selama satu jam itu tidak berakhir sebagai sekadar acara tahunan.
Sebaliknya menjadi titik permulaan untuk rakyat kembali kepada al-Quran selaku kitab suci dan panduan umat Islam.
“Biarlah ia menjadi titik mula untuk rakyat kembali membaca, memahami dan mengamalkan al-Quran demi membina diri, keluarga serta Malaysia yang lebih sejahtera.
“Pasakkan pemikiran bahawa kita sama-sama bertanggungjawab membina negara yang lebih sejahtera dan pentingnya kita buat kerana ALLAH SWT," jelas Marhaini.
Orang ramai yang berada berhampiran lokasi perdana dijemput hadir bersama keluarga dan sahabat, manakala golongan yang jauh atau dalam perjalanan boleh menyertai Malaysia #QuranHour 2026 menerusi siaran langsung di TV1, TV9, TV AlHijrah serta Astro Oasis.
Malaysia #QuranHour 2026 juga boleh diikuti melalui platform digital termasuk MyKlik, TV IKIM, Sinar Harian, QuranHour dan Kashoorga.
Penganjuran Malaysia #QuranHour 2026 peringkat Negeri Pulau Pinang tahun ini menekankan bahawa al-Quran bukan sekadar kitab yang perlu dibaca semata-mata, sebaliknya difahami dan dihayati sekali gus panduan hidup sepanjang hayat.
Presiden Mimbar Permuafakatan Ibu Bapa Malaysia, Datuk Ahmad Darus berkata, insan yang menjadikan kitab suci itu sebagai panduan dan teman hidup diyakini akan dibuka jalan menuju kehidupan yang diredai ALLAH SWT.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/794030/khas/quranhour/malaysia-quranhour-pulau-pinang-tekan-pemahaman-kepada-masyarakat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.