KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di enam negeri dan Kuala Lumpur, hingga jam 7 malam ini.
MetMalaysia memaklumkan amaran itu melibatkan seluruh negeri Kelantan serta Perak (Batang Padang, Muallim, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Perak Tengah, Larut Matang, Selama, Hilir Perak dan Bagan Datuk).